Tanggal 1 April 2012 yang lalu, pihak polis cawangan Membakut telah mengadakan sesi perjumpaan khas bersama penduduk Taman Emas Takapan bagi tujuan membincangkan tentang langkah-langkah keselamatan yang terbaik untuk mengelakkan jenayah seperti kecurian, samun, pecah rumah, rogol dan lain-lain lagi. Perjumpaan ini juga diadakan kerana daerah Membakut sering dianggap daerah "panas" iaitu mempunyai kadar statistik jenayah yang tinggi bagi bahagian Beaufort. Ini juga berikutan terdapat beberapa kes jenayah kecurian dan samun yang dianggap berbahaya telah terjadi di Taman Emas Takapan mahupun kawasan yang berdekatan. Pihak penduduk Taman Emas Takapan telah mengesyorkan kepada pihak polis agar rondaan yang lebih kerap dilakukan dan bukan hanya pada musim-musim tertentu sahaja. Pihak polis juga mencadangkan agar penduduk Taman Emas Takapan menubuhkan satu pasukan RELA bertujuan untuk menjaga keselamatan taman. Secara kesimpulannya, pihak polis daerah Membakut berjanji akan berusaha menurunkan kadar jenayah seperti yang telah disebutkan dan berharap agar daerah Membakut khususnya Taman Emas Takapan tidak lagi mengalami kejadian jenayah.
P/S: Diharap kadar jenayah di Daerah Membakut khususnya di Takapan akan berkurangan dengan langkah-langkah pencegahan yang telah disuarakan.