Suara Takapan ©

Suatu hari di Takapan...

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
25 Sept 2011

I'dulfitri @ Taman Emas Takapan 2011

Posted by Budak Takapan

Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, Taman Emas Takapan akan mengadakan majlis taman terbuka sempena Hari Raya I'dulfitri & kali ini pada tahun 2011 taman terbuka yang dianjurkan adalah lebih meriah dengan hidangan bermacam jenis juadah serta tetamu yang datang juga ramai. Dengan tema memakai baju melayu, taman terbuka kali ini juga menjadi tempat atau peluang untuk jiran tetangga & masyarakat bertemu & beramah mesra bukan sahaja untuk warga Taman Emas Takapan sendiri tetapi untuk warga Membakut secara amnya.


Tetamu yang hadir

Sibuk menikmati juadah

P/S: Harap maaf kerana gambar kurang jelas & apa pun selamat menyambut Hari Raya:-)

1 Oct 2010

Taman Terbuka Takapan 2010

Posted by Budak Takapan

Tepat pada malam Jumaat bersamaan 1 Okt 2010, sekali lagi penduduk Taman Emas Takapan mengadakan majlis rumah terbuka untuk Taman Perumahan Emas Takapan bersempena menyambut Hari Raya Idulfitri baru-baru ini. Walaubagaimanapun, majlis kali ini agak mengecewakan sedikit disebabkan oleh suasana majlis yang dituruni hujan lebat. Namun hujan tersebut tidak sedikit pun menghalang penduduk Taman Emas Takapan untuk terus meneruskan majlis. Para jemputan yang terdiri daripada sanak-saudara, rakan taulan & orang ramai terus membanjiri majlis biarpun dibasahi hujan lebat. Majlis mula didatangi oleh para jemputan seawal jam 8 malam & mula beransur sedikit bermula tengah malam. Juadah yang disediakan oleh setiap rumah cukup menyelerakan. Ada yang menghidangkan sate istimewa, Laksa Penang & sebagainya. Majlis turut diserikan dengan letupan bunga api serta persembahannya yang cukup menarik yang menghiasi langit malam. Diharap majlis seumpama ini akan menjadi suatu tradisi yang berterusan demi integrasi, toleransi, kunjung-mengunjungi antara satu sama lain, meningkatkan semangat bekerjasama dan menambah keharmonian di kalangan penduduk Taman Emas Takapan. Sekian, wassalam...

Mula memasang khemah

Kemas-kemas kerusi meja

Hidangan sate special dari Sipitang (dari rumah Budak Takapan hehe)

Hidangan lengkap dari rumah Budak Takapan

Tetamu mulai datang

Ramainya tetamu

Enak menjamu selera

Ambil..Ambil..Jangan malu-malu

Tetamu tak putus-putus datang

Deretan kereta para tetamu yang membanjiri perkarangan Taman Emas Takapan

Percikan bunga api di angkasa (maaf gambar kurang jelas hehe)

P/S: Semoga tradisi taman terbuka seperti ini akan berterusan sampai bila-bila.

21 Dec 2009

Kecurian Berlaku Lagi

Posted by Budak Takapan

Kali ini melibatkan jiranku yang kehilangan kereta Kancilnya. Dipercayai bahawa keretanya itu telah dicuri pada malam hari. Jiranku itu hanya menyedari keretanya hilang setelah keluar ke halaman rumahnya. Kami berasa simpati dengannya kerana ketiadaan kereta itu pastinya akan menimbulkan bermacam kesulitan seperti hendak pergi ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah & sebagainya lagi. Gejala kecurian di TET ini semakin menjadi-jadi & kali ini melibatkan kerugian yang begitu besar setakat ini. Diharapkan agar semua penghuni TET mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan menjadi mangsa yang seterusnya. Kepada pencuri kalau tertangkap oleh penghuni TET maka belum tentu hidup selamat sebelum sampai ke tangan pihak polis!


P/S: Kepada pencuri, hidup kamu tak akan selamat dunia akhirat dengan barang-barang yang telah kamu curi itu. Lebih baik kamu bertaubat & insaflah dari perbuatan suka mencuri hak milik orang lain.

Lagi Panorama Taman Emas Takapan

Posted by Budak Takapan

Bus stop kini berwajah baru, diharapkan tiada lagi kemalangan menimpa bus stop ini. Sebenarnya ini adalah tempat lepak Bebudak Takapan

Inilah dia perumahan Fasa 1, tempat tinggal Bebudak Takapan

Ini pula Fasa 2

Fasa 3

Fasa 4

Gelanggang serbaguna. Di sini boleh bermain futsal, bola keranjang, tenis & sukan ringan

Ini taman permainan untuk budak-budak bermain di kala petang

Tandas awam

2 Dec 2009

Isu Di Taman Emas Takapan

Posted by Budak Takapan

Akhir-akhir ini Taman Emas Takapan (TET) sering mengalami gangguan bekalan air & yang paling teruk lagi ialah gejala kecurian yang tidak pernah berkesudahan. Sehubungan dengan itu, para penghuni TET haruslah mengambil langkah yang sebaiknya bagi mengatasi permasalahan ini antaranya menyimpan bekalan air yang secukupnya & mengamalkan persediaan keselamatan yang rapi untuk rumah masing-masing. Apapun kita sebagai penghuni TET harus bersabar & moga-moga dengan berkat kesabaran itu TET akan menjadi sebuah perumahan yang paling selamat untuk didiami.

30 Nov 2009

Panorama Takapan

Posted by Budak Takapan

Syukurlah atas keperihatinan kerajaan negeri akhirnya TET semakin lengkap dengan prasarana seperti gelanggang serbaguna cuma kami sebagai penghuni TET meminta supaya didirikan satu lot kedai untuk kemudahan kami mendapatkan keperluan harian tanpa perlu ke Pekan Membakut. Penubuhan sebuah Rukun Tetangga juga dirasakan amat perlu untuk membolehkan para penghuni bermesyuarat & seterusnya berusaha membendung masalah-masalah yang kerapkali melanda perumahan. Apapun kami berasa amat bertuah menjadi penghuni TET.

Suasana Taman Emas Takapan

Berhati-Hati Masuk Simpang

Posted by Budak Takapan

Sebut sahaja tentang simpang masuk ke perumahan Taman Emas Takapan, sememangnya kebanyakan penduduk Membakut tahu bahawa simpang tersebut sebagai Simpang Maut disebabkan kerana berlakunya banyak kemalangan di simpang tersebut. Saya juga pernah mengalami kemalangan di simpang tersebut. Baru-baru ini berlaku satu lagi kemalangan dahsyat seperti yang tertera dalam gambar di bawah ini.

Inilah akibatnya bila tidak berhati-hati memasuki simpang