Suara Takapan ©

Suatu hari di Takapan...

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
20 Oct 2010

Pantai Borneo Golf

Posted by Budak Takapan

Kunjungilah pantai ini yang terletak di daerah Membakut. Mempunyai sebuah resort & padang golf yang luas dan tasik-tasik ladam yang cantik. Anda pasti akan berpuas hati dengan kecantikan serta cuaca redup di pantai ini.

Panorama Pantai Borneo Golf

1 Oct 2010

Taman Terbuka Takapan 2010

Posted by Budak Takapan

Tepat pada malam Jumaat bersamaan 1 Okt 2010, sekali lagi penduduk Taman Emas Takapan mengadakan majlis rumah terbuka untuk Taman Perumahan Emas Takapan bersempena menyambut Hari Raya Idulfitri baru-baru ini. Walaubagaimanapun, majlis kali ini agak mengecewakan sedikit disebabkan oleh suasana majlis yang dituruni hujan lebat. Namun hujan tersebut tidak sedikit pun menghalang penduduk Taman Emas Takapan untuk terus meneruskan majlis. Para jemputan yang terdiri daripada sanak-saudara, rakan taulan & orang ramai terus membanjiri majlis biarpun dibasahi hujan lebat. Majlis mula didatangi oleh para jemputan seawal jam 8 malam & mula beransur sedikit bermula tengah malam. Juadah yang disediakan oleh setiap rumah cukup menyelerakan. Ada yang menghidangkan sate istimewa, Laksa Penang & sebagainya. Majlis turut diserikan dengan letupan bunga api serta persembahannya yang cukup menarik yang menghiasi langit malam. Diharap majlis seumpama ini akan menjadi suatu tradisi yang berterusan demi integrasi, toleransi, kunjung-mengunjungi antara satu sama lain, meningkatkan semangat bekerjasama dan menambah keharmonian di kalangan penduduk Taman Emas Takapan. Sekian, wassalam...

Mula memasang khemah

Kemas-kemas kerusi meja

Hidangan sate special dari Sipitang (dari rumah Budak Takapan hehe)

Hidangan lengkap dari rumah Budak Takapan

Tetamu mulai datang

Ramainya tetamu

Enak menjamu selera

Ambil..Ambil..Jangan malu-malu

Tetamu tak putus-putus datang

Deretan kereta para tetamu yang membanjiri perkarangan Taman Emas Takapan

Percikan bunga api di angkasa (maaf gambar kurang jelas hehe)

P/S: Semoga tradisi taman terbuka seperti ini akan berterusan sampai bila-bila.

21 Jun 2010

Tahniah Buat Saudara Ijan!!!

Posted by Budak Takapan

Tahniah kepada saudara Ijan kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Kota Kinabalu.