Suara Takapan ©

Suatu hari di Takapan...

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
25 Sept 2011

I'dulfitri @ Taman Emas Takapan 2011

Posted by Budak Takapan

Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, Taman Emas Takapan akan mengadakan majlis taman terbuka sempena Hari Raya I'dulfitri & kali ini pada tahun 2011 taman terbuka yang dianjurkan adalah lebih meriah dengan hidangan bermacam jenis juadah serta tetamu yang datang juga ramai. Dengan tema memakai baju melayu, taman terbuka kali ini juga menjadi tempat atau peluang untuk jiran tetangga & masyarakat bertemu & beramah mesra bukan sahaja untuk warga Taman Emas Takapan sendiri tetapi untuk warga Membakut secara amnya.


Tetamu yang hadir

Sibuk menikmati juadah

P/S: Harap maaf kerana gambar kurang jelas & apa pun selamat menyambut Hari Raya:-)

11 Mar 2011

Minum Petang

Posted by Budak Takapan

Salam sejahtera buat semua, kali ini aku sekadar ingin berceloteh tentang sedikit kenanganku sewaktu tingkatan 6 dahulu. Aku berkawan rapat dengan anak-anak jiranku iaitu saudara Ijan & saudara Long-Long. Memang kami macam belangkas, apa tidaknya pulang sekolah selalu jalan kaki bersama & melepak di perumahan, perhentian bas atau gerai si Jas setiap petang (kalau ada duit). Kami bertiga juga memang kutu rayau tapi sekadar merayau untuk melihat keadaan sekeliling Membakut daripada terperuk saja di rumah macam musang. Kami merayau dengan menaiki basikal usang masing-masing sampai sanggup keluarkan duit untuk membaiki basikal. Memang best dapat berbasikal bertiga keliling kampung sambil dikejar anjing @ terserempak dengan haiwan tu (babi) hahaha! Tapi semua tu sudah berlalu, kami bertiga jarang sudah berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja & belajar. Kalau jumpa pun bila hari perayaan saja tapi tak kisahlah, janji dapat juga bersua lagi. Baru-baru ni sempat lagi kami minum petang bersama. Kali ni saudara Long-Long yang belanja, maklumlah orang sudah bekerja & merangkap supervisor lagi tu. Walauapapun, kami bertiga yang mewujudkan gelaran Geng Budak Takapan tu & diharapkan agar persahabatan macam belangkas ni akan berterusan sehingga ke anak cucu, insyaallah.

Minum petang di gerai depan CNF Supermarket, Beaufort

P/S: Kalau ada masa, belanjalah kami lagi, nanti kami pula yang belanja.

10 Mar 2011

Wajah Baru

Posted by Budak Takapan

Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman, kali ini Kisah Budak Takapan.blogspot telah bertukar wajah baru lagi. Amat susah hendak mencari layout yang bersesuaian untuk blog ini namun akhirnya terjumpa juga dengan layout yang terang & memudahkan pembacaan terhadap blog ini. Diharapkan semua berpuas hati dengan penampilan baru blog ini & semua kekurangan yang ada di dalam blog ini amatlah dikesali. Sekian, terima kasih.

Wajah baru Kisah Budak Takapan.blogspot

1 Mar 2011

Ulang Tahun Yang Ke-3

Posted by Budak Takapan

Kisah Budak Takapan.blogspot dah pun menjangkau tiga tahun!!!

Harap-harap blog ini dapat bertahan lama

14 Jan 2011

Kebakaran Di Pekan Lama Membakut

Posted by Budak Takapan

Suatu kebakaran telah berlaku di Pekan Lama Membakut & kebakaran tersebut telah menjilat sederet rumah kedai di pekan lama itu. Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti. Ada juga cakap-cakap nakal yang mengatakan bahawa kebakaran itu sengaja dilakukan untuk membolehkan bangunan kedai lama itu digantikan dengan bangunan kedai yang baru.

Separuh Bua (nama lama Membakut) hangus dijilat api

Tinggal rangka

Tinggal kenangan

P/S: Sayang juga sebab bangunan kedai lama itu terbakar & ia merupakan bangunan warisan @ antik yang mesti dipelihara. Tapi tak semua terbakar.